Umrah DIY Jan 2025: Haramain (HHR) ~ Madinah To Makkah
Setibanya di stesen kereta api Makkah dari Madinah, saya terus mengambil teksi menuju ke kawasan Masjidil Haram (SAR70 sehala). Untuk penginapan di Makkah selama 8 malam, saya memilih untuk menginap di dua buah hotel yang berbeza atas sebab tertentu yang akan saya terangkan di bawah.
1. Al Safwa Hotel 1st Tower: Menginap di hotel ini selama empat malam pertama. Saya memilih hotel ini kerana:


- Review di Booking.Com yang positive.
- Harga mampu milik.
- Vibe: Sangat happening! Terdapat shopping dalam bangunan yang sama, Makan juga mudah didapati. Terdapat D’Saji iaitu Makanan Malaysia di sini.
- Lokasi: Turun terus ke dataran masjid dan sangat hampir dengan pintu ke Masjidilharam.
- Realiti: Namun saya agak kecewa dengan kualiti bilik hotel yang tidak segah nama dan harga yang terutama bilik mandi dan toilet yang sangat uzur. Pada saya memang tidak selesa. Namun kerana ada demand mereka tidak peduli. Mereka hanya minta kita redho dan sabar.
- Saya tidak recommend Hotel di Al-Safwah Tower kerana bangunan tersebut lama dan majoriti hotel juga perlu diperbaiki.
2. Hyatt Jabal Omar: Menginap di hotel ini selepas empat malam di Al-Safwah 1st Tower yang mengecewakan.
Untuk 4 malam berikutnya, saya menginap di Hyatt Jabal Omar. Alhamdulillah. Saya berpuashati dengan keadaan bilik di Hotel ini.
- Vibe: Jauh lebih bersih, moden, dan memang taraf hotel 5 bintang yang sebenar.
- Cabaran: Lokasinya agak jauh sedikit dari pintu utama masjid berbanding Al Safwa. Pilihan makanan di sekitar hotel Hyatt tidak sehappening di Al-Safwah. Namun masih banyak pilihan makanan walau tidak banyak. Ada beberapa outlet fast food yang terkenal dalam bangunan Hotel Hyatt. Juga terdapat Supermarket Bin Dawood yang besar jika anda ingin shopping perbagai makanan and buahtangan.


Itenarary 8 malam di Makkah al-Mukarramah
Hari Pertama: Ketibaan & Umrah Pertama
- Petang: Ketibaan di Stesen Keretapi Makkah (HHR)
- Tiba dari Madinah menaiki perkhidmatan kereta api laju.
- Urusan pengangkutan dari stesen menuju ke kawasan Masjidil Haram.
- Daftar Masuk (Check-in) Hotel Al-Safwah
- Proses check-in di Hotel Al-Safwah yang terletak sangat strategik (menara jam/depan dataran masjid).
- Menyimpan beg, membersihkan diri, dan melakukan persiapan akhir untuk ibadah Umrah.
- Makan Malam di Cafe dalam Al-Safwah Tower yang banyak pilihan.
- Malam: Melaksanakan Umrah Pertama
- Bergerak masuk ke Masjidil Haram dalam keadaan berihram.
- Tawaf: Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan.
- Saie: Berjalan ulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali.
- Tahallul: Menggunting rambut sebagai tanda selesai rukun Umrah.
- Tengah Malam: Pulang ke Hotel & Rehat
- Selesai ibadah umrah dalam keadaan agak keletihan kerana perjalanan jauh dan aktiviti fizikal tawaf/saie.
- Terus pulang ke bilik hotel di Al-Safwah untuk berehat bagi mengumpul tenaga untuk hari seterusnya.





Itinerari Hari 2: Aktiviti bebas, Santai atau Free and Easy
- Pagi & Petang: Aktiviti bebas (Ziarah santai). Solat berjemaah. Berjalan di sekitar dataran Masjidil Haram untuk menghayati suasana kota suci.
- Tengah Hari: Mencuci mata melihat pelbagai barangan jualan di bazar bangunan tersebut seperti jubah, tasbih, dan haruman.
- Makan Tengah Hari: Menjamu selera di Restoran D’Saji. Terdapat nasi dan lauk pauk Melayu juga kuih muih Melayu. Sedap.
- Selain makan-makan dan window shopping, tujuan utama tetap didahulukan. Kami berulang alik ke Masjid untuk solat.
Itinerari Hari 3: Ziarah Sejarah di Kota Taif
Hari ketiga kami ke Taif. Saya sewa kereta dengan orang malaysia yang tinggal di Jeddah. Kami menaiki cable car di taif, menjejaki perjalanan dakwah Nabi SAW yang cuba mengajak penduduk Taif kepada islam namun Nabi SAW ditolak dan dihina dan dibaling batu hingga cedera. Nabi SAW berlindung di sebuah ladang anggur dan dibantu oleh penduduk kampung tersebut…Kami melawat masjid di kampung tersebut, iaitu Masjid ADDAS.
Selepas itu kami singgah makan di sebuah Restaurant yang menghidangkan Nasi Arab Daging Kibas. Sangat sedap.
Selepas lunch dan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Makkah, kami singgah ziarah di beberapa lokasi lagi sebelum pulang ke hotel.


Hari ke 4 ~ kami rehat di hotel kerana hari jumaat.
Hari ke 5 ~ kami check out dan mengambil khidmat kereta dan pemandu malaysia yang sama. Kami ke Masjid Hudaibiyah, melawat ladang unta, ladang kambing, kemudian bermiqat di Masjid Tanaim.
Selepas solat dan niat Umrah kami pulang semula ke Masjidilharam untuk check-in Hotel Hyatt Jabbal Omar selama 4 malam lagi. Malam itu kami buat umrah kali kedua pula.
Itinerari Hari 6, 7, 8 dan 9
Hari ke 6 ~ Free and Easy (hanya ke Masjid dan ziarah sekitar Masjid)
Hari ke 7 ~ kami sewa teksi pergi dan balik ke Masjid Tanaim untuk niat Umrah, dan malam itu kami buat Umrah sekali lagi.


Hari ke 8 ~ hanya santai dan pergi ke Masjid untuk solat.
Hari ke 9 ~ adalah hari terakhir kami di Makkah. Kami akan check-out dan akan ke Jeddah dengan kereta dan pemandu dari Malaysia yang sama.
Kami lakukan tawaf wida dan selepas solat zohor di hotel kami meneruskan perjalanan ke Jeddah.
Di Jeddah kami melawat Jeddah Old Town yang cantik. Bangunan yang unik berusia ratusan tahun. Selepas dinner di sebuah restaurant milik Warga Indonesia kami Check-In di Hotel Clarion, berhampiran Airport. Hotel ini ada sediakan khidmat airport transfer kepada tamu hotel. Esoknya kami chech-out selepas sarapan dan menaiki bas yang disediakan oleh pihak hotel ke Jeddah International Airport.
Kami terbang semula ke Doha dengan pesawat Flynas dan tukar penerbangan MAS ke Kuala Lumpur. Alhamdulilah. Sangat bersyukur dan sangat happy dengan perjalanan Umrah kami selama 2 minggu.
Kesimpulannya: Umrah DIY tidaklah begitu susah dan mengelirukan jika anda study betul-betul sebelum memulakan perjalanan. Ramai sebenarnya manusia dari segala pelosok dunia yang datang ke Makkah tanpa package. Sedangkan pelancung bukan Islam sendiri berani melakukan perjalanan ke Madinah tanpa ragu-ragu dan dengan mudah berada berhampiran dengan Masjid Nabawi tanpa segan silu, inikan pula kita Muslim yang selayaknya berada di Bumi suci yang di dalamnya terdapat Maqam Rasullullah SAW merasa takut untuk ke Madinah dan Makkah secara persendirian.


- NOTA:
- Cari Driver di FB: Saya mendapatkan khidmat warga Malaysian yang tinggal di Saudi. Dapat contact mereka melalui Facebook Group Umrah, Malaysia.
- Kos: Kos SAR 500 – SAR 700 untuk trip satu hari. Dari pagi hingga ke Malam. Sangat berpuas hati dengan service beliau. Terima kasih.
- Kelebihan: Beliau adalah pemilik kenderaan juga yang pandu kami pada beberapa hari tersebut. Sangat mudah.
- Oleh kerana beliau sering bawa Jemaah Umrah Malaysia ke Taif dan lain-lain tempat di sekitar Makkah, maka sangatlah mudah kerana Beliau uruskan tiket dan sebagainya.