Food ~ Turkiye ~ Uzungol, Trabzon dan Rize

Food ~ Turkiye ~ Uzungol, Trabzon dan Rize

Juadah yang complete. Kuymak atau Cheese cair meleleh adalah hidangan istimewa di Uzungol. Anda harus cuba jika ke sana.

Makanan asas atau makanan ruji Turkiye adalah roti, anda akan lihat kedai jualan roti di setiap lorong dan setiap pekan dari pekan kecil atau kampung hingga ke moden supermarket di bandar besar seperti Istanbul. Mereka makan roti seperti kita makan nasi, dari ceik mata pagi hari sehingga tutup mata nak tidur malam hari.

Ekmek (Somun Ekmek): Roti putih biasa berbentuk bujur yang rangup di luar dan lembut di dalam. Ini adalah jenis roti yang paling banyak dibeli oleh penduduk tempatan Turkiye untuk setiap kali waktu makan samada sarapan, makan siang dan makan malam.

Mehlama atau Kuymak. Cheese meleleh ala Turkiye.

Di Turkiye, ekmek bukan sekadar makanan sampingan tetapi hidangan utama dalam hampir setiap hidangan (seperti nasi di negara SEA). Cara mereka menikmatinya bergantung pada waktu makan:

1. Sarapan Pagi (Kahvaltı)
Ekmek adalah bintang utama dalam sarapan tradisional Turki yang mewah. Ia biasanya dimakan bersama:

  • Keju & Zaitun: Pelbagai jenis keju lokal (seperti beyaz peynir) dan zaitun hitam atau hijau.
  • Menemen: Telur hancur yang dimasak dengan tomato, lada hijau, dan rempah ratus. Ekmek digunakan untuk menyicah kuah telur ini.
  • Manisan: Mentega, madu, pelbagai jenis jem, dan tahin-pekmez (campuran tahini dan sirap anggur).
  • Sucuk & Pastırma: Sosej daging lembu pedas atau daging kering yang biasanya digoreng bersama telur.
Video dalam sebuah kedai roti di bandar kecil Iznik. Pelbagai jenis roti. Satu budaya yang sangat berbeza berbanding dengan negara-negara di SEA.

2. Hidangan Utama (Makan Tengah Hari & Malam)
Roti sering digunakan sebagai “alat” untuk mengambil makanan atau menyerap kuah yang sedap:

  • Sup (Çorba): Terutamanya sup lentil (mercimek çorbası). Orang Turki gemar mencelupkan cebisan ekmek yang garing ke dalam sup panas.
  • Lauk Berkuah (Sulu Yemek): Seperti stew daging atau sayur-sayuran. Ekmek digunakan untuk menyapu sisa kuah di pinggan.
  • Kebab & Köfte: Dihidangkan bersama bebola daging atau daging panggang. Kadangkala roti diletakkan di bawah daging supaya ia menyerap jus daging tersebut.

3. Makanan Jalanan (Street Food)
Ekmek juga dijadikan sebagai sandwic yang mengenyangkan:

  • Balık Ekmek: Sandwic ikan bakar di mana filet ikan segar dimasukkan ke dalam belahan ekmek bersama salad dan bawang.
  • Döner Sandviç: Daging döner yang dihiris nipis dan dimasukkan ke dalam roti ekmek.

4. Sebagai Pencuci Mulut
Terdapat juga hidangan pencuci mulut yang menggunakan roti sebagai asas, seperti Ekmek Kadayıfı, iaitu roti yang direndam dalam sirap manis dan dihidangkan bersama krim pekat yang dipanggil kaymak.

Kebab ayam, nasi dan salad. Makan di Rize.

Selain Roti mereka juga makan banyak makanan protin seperti daging dan ayam, susu, keju, bijirin, buah-buahan dan lain-lain lagi.

Ketika di Trabzon kami menikmati hidangan Cheese yang sangat menarik.

Mıhlama (atau Kuymak)

Ini adalah pencicah keju cair yang sangat terkenal dari wilayah Laut Hitam.

Cara makan: Dihidangkan panas-panas di dalam kuali tembaga. Anda perlu mencubit roti dan mencelupnya terus ke dalam keju cair tersebut untuk menikmatinya.

Apa itu: Campuran mentega, tepung jagung, dan keju khas (seperti keju Kolot) yang dimasak sehingga menjadi cair, melekit, dan boleh ditarik panjang.

Terdapat juga hidangan ayam walaupun hidangan daging dan kambing lebih menjadi pilihan.

Hidangan daging kambing yang sangat sedap. dibakar panas.

Orang Turki sangat mahir dalam memasak daging, terutamanya daging kambing dan lembu. Mereka mempunyai pelbagai teknik masak yang memberikan rasa unik dan tekstur yang lembut pada daging tersebut.

Antara cara orang Turkey memasak daging:

1) Teknik Bakar dan Panggang (Izgara & Kebap)

Ini adalah cara yang paling ikonik di Türkiye.

  • Shish Kebap: Daging dipotong dadu, diperap dengan bawang besar, bawang putih, minyak zaitun, dan rempah ratus, kemudian dicucuk pada besi dan dibakar di atas arang. Dimakan dengan nasi atau roti dan salad.
  • Döner Kebap: Daging disusun berlapis-lapis pada pencucuk menegak yang besar dan diputar perlahan-lahan pada gril panas. Kemudian dihiris nipis lapisan luar yang keperangan, dimakan begitu sahaja dengan salad dan pelbagai sos atau digulung ke dalam roti khas seperti sandwich.
  • Pirzola: Rusuk kambing yang diketuk sedikit dan dibakar ringkas untuk mengekalkan jus dagingnya.

2) Memasak Dalam Periuk Tanah Liat (Güveç & Testi Kebabı)

Daging dimasak secara perlahan untuk mendapatkan tekstur yang sangat empuk.

  • Güveç: Stew daging bersama sayur-sayuran (seperti terung dan tomato) yang dimasak lama di dalam periuk tanah liat di dalam ketuhar.
  • Testi Kebabı: Daging dan sayur dimasukkan ke dalam sebuag jug tanah liat yang dibalut rapat, kemudian dibakar dalam bara api. Jag tersebut akan dipecahkan di hadapan pelanggan sebelum dihidang.

3) Teknik Tumis dan Goreng Ringkas (Kavurma & Saç Tava)

  • Kavurma: Daging dipotong kecil dan dimasak dalam lemaknya sendiri dengan sedikit garam. Ia sangat popular semasa Hari Raya Korban.
  • Saç Tava: Daging dihiris nipis dan ditumis dengan api yang sangat marak di atas kuali besi nipis (sac) bersama lada dan tomato.

4) Daging Kisar (Köfte)

  • Köfte: Bebola daging atau daging kisar yang dicampur dengan serbuk roti, bawang, dan rempah seperti jintan putih (kimyon). Ia boleh dibakar, digoreng, atau direbus dalam sos tomato, sama seperti meatball di Malaysia.

5. Memasak Dalam Tanah (Tandır)

  • Kuzu Tandır: Ini adalah antara hidangan daging yang paling istimewa. Daging kambing digantung dan dimasak di dalam ketuhar bawah tanah yang dipanggil tandır selama berjam-jam sehingga dagingnya luruh dari tulang hanya dengan sentuhan garpu
Hidangan yang kami makan di Trabzon dan Rize
Manisan atau dessert

Turki sangat terkenal dengan manisan atau dessert yang menggunakan bahan utama kekacang seperti kacang pistachiohazelnut, dan walnut.

Baklava dan Künefe adalah antara pencuci mulut yang digemari di sana. Rasanya sangat manis kerana mereka menggunakan sirap manis yang disiram ke atas pastri dan hampir kesemua jenis kueh mueh.

Terdapat juga pencuci mulut berasaskan keju, gandum dan pelbagai jenis buah-buahan kering dan segar, kek, biskut dan bermacam lagi…pendek kata sangat banyak yang perlu anda terokai jika ke negara tersebut. Negara yang kaya dengan sejarah, keindahan alam dan makanan.

Turkiye adalah sebuah negara yang sangat unik, adalah tidak lengkap diari perjalanan anda jika anda tidak ke negara ini. Cuba explore ke bandar-bandar lain selain Istanbul dan Bursa. Kini Air Asia telah memulakan penerbangannya ke Istanbul. Selain itu Turkish Airline juga ada direct flight dari KLIA. Jika anda ingin terbang dengan MAS boleh transit atau tukar pesawat di Doha, Qatar.

Saya telah 3 kali menjelajah ke negara ini, dan yg pasti ia bukan kali terakhir. InsyaAllah jika ada rezki saya ingin ke sana lagi.

#Throwback #jjcm #Turkiye #2023 #Rize #Trabzon #Bursa #Istanbul #Sogut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *