Resipi Bread Butter Pudding ~ oleh Chef Hotel Fairfield by Marriott, Belitung

Resipi Bread Butter Pudding ~ oleh Chef Hotel Fairfield by Marriott, Belitung

Resepi ini saya perolehi tatkala menginap di Hotel Fairfield by Marriott, Belitung pada tahun 2020 iaitu percutian akhir kami sebelum negara dan dunia digemparkan dengan C19. Itulah percutian terakhir sehingga 2 tahun kemudian baru kami mula travel kembali iaitu tahun 2022.

Ketika menginap di hotel tersebut, Chef tersebut sangat ramah dan baik, bread pudding resepi beliau memang enak, dan saya meminta resepi dan tanpa keberatan Chef tersebut terus ambil kertas dan tulis resepi tersebut.

Anda peminat bread pudding harus cuba resepi ini…sedap…

Saya lampirkan resepi asal yang ditulis oleh Chef tersebut. Selamat mencuba.

BAHAN-BAHAN

500g Roti
2 L Fresh Milk
400g Gula Putih
10 butir Telur
100g Melted Butter
Raisin
Cinnamon Powder
Almond Slice

CARA MEMBUAT

  1. Masukkan gula dan telur ke dalam satu bekas dan aduk sehingga rata dengan balloon wisk.
  2. Masukkan fresh milk sedikit-sedikit, aduk rata.
  3. Terakhir masukkan melted butter, aduk rata.
  4. Tuangkan adunan ke atas roti di dalam bekas yg telah di alas dengan baking paper.
  5. Taburi Raisin, Almond slice, Cinnamon powder (aduk perlahan)
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 35 minit.

Roti ini dimakan dengan kuah kastad, tapi Chef tersebut tidak sertakan resepi kuah kastad.
Anda boleh Google dan cari sendiri resepi kuah kastad, banyak di SOSMED.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *