Welcome to 1001 Food and Travel Stories

Welcome to 1001 Food and Travel Stories

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ 1001 CERITA BERKAITAN MAKAN-MAKAN DAN PERJALANAN ATAU PERCUTIAN SAYA KE MERATA TEMPAT DALAM DAN LUAR NEGARA. SECARA DIY.

Setiap perjalanan adalah sebuah cerita, setiap pengalaman adalah sebuah kesah. Dari pengalaman akan menjadi sebuah kisah dan dari kisah akan menjadi sebuah cerita…

Adakala cerita tersebut tentang tempat yang saya kunjungi, adakala ia mengenai pelbagai hidangan makanan tempatan yang saya jamah. Kedua-dua elemen ini sangat berkaitan antara satu sama lain. Travel untuk makan dan makanan juga adalah menjadi punca utama kenapa saya suka travel.

1001 Food and Travel Stories adalah koleksi momen-momen perjalanan saya ke merata tempat dalam dan luar negara…ye saya suka travel jika ada kelapangan dan ada rezki. Tak kira ke mana sahaja, baik ke negara-negara Barat, Eropah dan Timur Tengah, ke Utara Dunia seperti Thailand, China, Korea dan Japan, ke Selatan seperti Indonesia, Australia dan New Zealand, dan beberapa negara lain yang akan saya kongsikan dalam blog ini.

Mengapa ramai orang suka travel?
Mungkin untuk melancung dan melihat keindahan alam ciptaan yang Maha Esa. Mungkin untuk melepaskan lelah setelah penat mencari rezki, mungkin untuk ziarah atau urusan kerja dan banyak lagi sebab. Saya travel sebab ingin melihat keindahan, budaya, kehidupan, makanan dan beberapa sebab lain.

Dalam blog ini anda akan ‘dihidangkan’ dengan pelbagai cerita dari negara-negara yang pernah saya jejaki. Sejarah dan makanan yang semestinya sedap dan enak belaka. Pemandangan yang indah, penduduk tempatan, bazaar, shopping, tips dan banyak lagi.

Harapan saya sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk rancang perjalanan secara anda secara DIY seperti saya. Travel secara DIY lebih fleksible, tak perlu terkocoh-kocoh dan terkejar-kejar dengan masa kerana takut kena tinggal bas atau takut orang marah sebab lambat dan tidak tepati waktu.

Travel DIY mudah jika anda tahu cara dan selok belok. Banyakkan mencari info dari pelbagai sumber. Study tempat yang anda akan kunjungi. Pros and Cons, Budget, dos and dont. Local vibe, transport, currency dan banyak lagi.

Sila teruskan baca apa yang akan saya share nanti ye…terima kasih.

Leave a Reply